Welkam Bek

aku,kau,kita, kamu dan kami semua sama

HARI INI DALAM SEJARAH

Tuesday, August 25, 2009

Seperti mana yang aku janjikan sebelum ini, aku akan tunjukkan gambar Yasmin Ahmad yang dinaikkan setaraf dengan Leo Burnett. Walau bagaimanapun, gambar Leo Burnett di entrance dikekalkan. Sama cantik sama hebat. Walaupun Leo dah lama meninggal dunia tetapi namanya kekal seantero dunia. Orang memperkatakan kehebatan iklan yang di reka beliau yang menjadi tatapan dunia. Iklan yang paling tip top Leo ialah Marlboro Man., bagaimana beliau telah mereka watak Marlboro Man di mata dunia dan digunakan sehingga ke hari ini.

Sama seperti Yasmin, kehilangan amat dirasai oleh semua pihak yang pernah bekerjasama dengan beliau. Sehinggakan Petronas menayangkan semula hasil kerja beliau untuk menyambut merdeka ini dan hari raya akan datang. Ini bererti tiada iklan terbaru bagi Petronas raya,,demi mengenang pemergian Yasmin.

Kehebatan beliau akan diperkatakan di Leo Burnett Malaysia, sehingga setaraf dengan Leo burnett itu sendiri.....


Moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t..
amin



Celoteh

Friday, August 14, 2009

Aku da lame  tak update blog ni..Sometimes bila aku ade cerita nak tulis, masa membataskan pergerakan aku. Bila ada masa, idea aku pula entah ke laut perginya. Tapi hari ini aku tulis juga sebab aku rasa page ni perlu di update..Walaupun aku tengah mati peyy.(pey= ni masa main daun terup..bila korang da taktau nak jalan daun apa..dieorg akan kate "mati peyy")

Minggu-minggu selepas kehilangan Yasmin, Leo Burnett dipenuhi pelbagai program makan-makan. Kata CEO, untuk pulihkan semangat pekerja-pekerja kat sini. So dalam sebulan ni duit poket aku sangat la save gila babas..Sebab makan besar je..sometimes dalam seminggu tu tiap-tiap hari ada makan-makan. 

Ha, Untuk menghargai jasa Yasmin kepada Leo Burnett Malaysia, poster Leo Burnett diturunkan dan digantikan dengan gambar Yasmin. Sama besar dengan gambar Leo. And amphitheater di Leo Burnett juga akan ditukarkan nama menjadi Yasmin Ahmad room cam gitu la..Aku pun lupa nama ape...ok la tu..ni penghargaan untuk dia. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Nanti aku figure out how to put this historical pictures bile dieorang turunkan gambar Leo. Aku ada amik gambar, tapi disebabkan aku menggunakan pc baru "APPLE" ye adik2..(itupun aku mintak berkali2..ko just bayangkan budak intern..tp mintak lebey2 kan...last2 bru dieorang bagi)...Aku pelik apsal APPLE ni xley nk detect wire hp aku..n tak boleh la nak tunjukkan lagi. Nanti ye adik-adik.