Welkam Bek

aku,kau,kita, kamu dan kami semua sama

STKBD MEMENATKAN!!!

Thursday, October 15, 2009

Sudah 2 malam berturut-turut aku betapa di pejabat menyiapkan kerja. Di saat orang-orang lain tengah bergelut dengan log book, report, membuat resume untuk mencari kerja selepas abih practical, aku pulak duk menelek iklan2 nih. Serious shit, agak memenatkan. Tapi aku perlu nekad. Setiap kerja yang aku buat aku perlu buat yang terbaik. Tu je yang aku tahu.

Tambah serabut kepala dengan STKBD...pencabar aku Malique plak duduk hantar gmbar hensem die dengan all the foods...tapi i bet masa dia hantar gambar tu, mesti dia tengah buat lompat bintang. Taktik semua tu..macam la aku xtau.

Aku pon duk psycho dia gak, kata masak lemak, kari, ayam goreng, teh tarik tu semua untuk kesihatan. Memberi sumber karbohidrat yang tinggi. Dia pelik gak camne aku dpt info berbeza dari orang lain?...aku bitau, aku refer pada buku "How to lose weight in 2 months"(aku tipu je sebenarnya..aku pon xtau buku tu wujud ke tak..tapi aku harap Malique tertipu la..)...


Duduk di office sampai malam selama 2 hari bermakna aku x bersukan untuk 2hari.!!shit!!... remember ....remember...remember..the 25 of December...dalam pale otak aku skg ni duk imagine Malique tgh lompat bintang....sambil aku memegang rambut aku yang ikal mayang...aku rase sedey je sbb mesti aku kalah nanti...Atau pon...aku harus lompat bintang jugak?..nak lompat kat mane??kt office??..GILAAA!!! besar kemaluan tu...

Xkisah la..asal rambut tak kene potong...

Lompat...1...2...3....4...5....6...7...8..9....10.......

Hai Si Muda Mudi.

Saturday, October 10, 2009

Dialog perjalanan dari Kuantan ke Kota tinggi , Johor. Kota Tinggi pulang semula ke kuantan. 10 jam pemanduan dalam satu hari.

Papa: Kat sini la Papa gn Mama dulu dating Ngah...
Dulu mana banyak sangat panggung wayang.
Kat mersing ni jela yang ade..

Mama: hehe...kadang-kadang rase nak tergelak kalau ingat semula..sanggup jalan jauh dari kuantan smpi ke mersing..punye la nak tengok wayang. Bukan cerita orang putih tu Ngah..tapi cerita Tamil. Papa ni pulak..ikut je kata Mama. Mama kate cerita tamil...die pon tamil la...
Sanggup la bawak kereta dari kuantan ke mersing. Dulu bukan senang cam sekarang ni Ngah. Masa tu volvewagen tu Abg kan?

Papa mencelah.

Papa: Dulu nak pergi ke mersing ni, kene naik feri. Ambik feri dari rompin. Ade la dalam 3 feri. Kadang-kadang esoknye baru la sampai. ..Nak tgk wayang punya pasal.

Mama: tapi Ngah bukan semata-mata nak tengok wayang. Tapi berdating tu..haha..nak tergelak kalau Zah igt balik abg..(mama tergelak)
Ngah..nanti awak kalau ada makwe ke isteri ke..cari yang rela susah payah dengan awak. Orang sekarang ni ramai yang bila senang je dia ade..bile susah..lantak la awak sorang. Tapi mama tak suka orang sekarang ni asyik pikir pasal awek je...belajar tu dulu, pas belajar balas jase mak awak tu. Jodoh tu datang sendiri. Awak jangan tinggal kan doa je. Allah tu suka orang mintak doa dengan Dia

Papa: Orang muda sekarang, banyak sangat hiburan.

Husin dengar sambil memandu. Terdiam, fikirannya kosong, mata hanya melihat jalan..Tersenyum.

MAD MAN AT WORK 2

Wednesday, October 7, 2009


Untuk menghangatkan lagi peperangan antara aku dan Malique, aku kasi panas cket die punya hati....hahah....Brave yourself to see this..Demn Horror..

Aku tak tahu la what's inside my mind sekarang. Nak simpan rambut sampai panjang..tapi terikat dengan STKBD. Malu gile bab.. la sape kalah. Tapi maybe ni the best way untuk aku dan Zul Malique kelihatan Slim Segak Tampan dan Bergaye...hahah...

So semalam aku da editkan
gambar...camna la aku akan botak nanti..The worst part is botak tengah je siot. Hilang kemaluan la kalau camni. Tapi takpe. Janji tetap janji. Lelaki mesti berani!..cewah!



Disebelah kiri ni la lawan aku. Tengah bergembira makan kuih bawang. Adakah dia akan gembira memakan kuih yang sama lagi selepas ini atau menangis sambil rambutnye digunting?..segalanya akan terjawab 25 Disember 2009 ini nanti.



Gambar terpaksa di edit matanya untuk tidak mengaibkan peserta. Sokongan yang anda berikan selama ini amat dihargai. Selepas ini maybe ley bagi sokongan dalam bentuk wang tunai plak ke..rumah banglo ke..kete Audi A4 ke...

Terima kasih semue..hantarkan sokongan anda kepada saya...di sebelah kanan saya ini di KAMUKATASAYABACA. Tapi kalau sapa-sapa yang nk sokong Zul Malique pergi la kat blog dia.itupun kalau dia ada blog la....

Nak gelak ke..nak nangis ke...xpe..ley je sy terima...adios...

MAD MAN AT WORK

“mmm…ko gile…”

“Bodow ko nih…”

“Tah bile la ko ni nak sihat”

“Sekor ni mmg gile..”

Ni la ayat2 yang selalu aku dgr org luahkan kat aku…Terluke gak hempedu bile mendengarnye..tapi xpe..hempedu je..bukan hati. Masa Raya aritu terdetik hati aku..Aku ni gile ke?Aku ni sewel ke?..lantak la ape org nk kate..janji aku Gumbira..harharhar..

So aku da rancang. Kerja gila aku untuk 2 bulan akan datang. Dan telah dipersetujui oleh Persetubuhan (Pertubuhan) Bangsa-Bangsa bersatu…mengikut klausa ke 5 kurungan B Akta Perdagangan Bebas. Aku dan Zul Malique akan mengadakan pertandingan Sape Tak Kurus Botak Dow”…well..tu bukan name pertandingan tu..tp tu je la yang aku mampu reka skg..

Pertandingan STKBD ni akan melibatkan aku dan Zul Malique yang seberat 114 tan…eh silap…Kg…dan aku yg beratnya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu(malu la aku klu bitau..Zul sory..biase la ni blog aku..klu ko nk kutuk aku..ko buat blog ko sendiri..hahah). STKBD ini memerlukan kiteorang kurus sekurus-kurusnya sehingga 25 Disember 2009 ini. Cara pengiraannya adalah..xkisah la…berape turun berat pon…janji spe2 yang turun sikit akan dapat habuannye…Hadiah2 menarik menanti Pengalah.

Rambut Pengalah akan Dipotong TENGAH SAHAJA sambil rambut lain disimpan. Idea rekaan rambut ini adelah sempena mengenang jase guru Sejarah kami iaitu Cikgu Mat Amin yang mempunya fesyen rambut sebegitu rupa. (silau mata). Peserta dikehendaki menyimpan rambut tersebut sekurang-kurangnya 2 hari! Adalah diharamkan bagi dia memotongnya selama 2 hari tersebut.

Terma & syarat pertandingan STKBD.

Mestilah 18 tahun ke atas.

Hensem, Kacak,Bergaye, Comel Baik hati, Rapat kepada kanak-kanak, Menghormati orang tua, Senyuman manis, Sopan santun, Ahli sufi….ok2..xtersenarai baiknye kami ni.

Puasa penuh.hahah..(aku tau rahsia Zul)

Pernah menyertai Coral Speaking peringkat daerah.(well…aku pernah..hahah)

Mempunyai berat tanpa muatan lebih 100 kg.(korang jgn senyum2..aku tampar kang...)

Wargenegara Malaysia, kecuali aku..xpe..sbb muke dia Pan-Asia.hehe

Kerja Sabtu?...Tiu Ney!!

Friday, October 2, 2009

ingin aku jerit supaya seluruh alam mendengar.
Mendengar ketidak-puasan hati aku. Buat pertama kalinya aku diminta untuk bekerja Sabtu.
WTF!..Jumaat mlm, Sabtu dan Ahad adalah hari berjimba!..Hari membalas dendam. Dendam hari-hari lain yang tiada keikhlasan hati untuk bekerja.

Tapi lumrah alam. Memang begitu. Sekuat mana jeritan, sehebat mana bertahan, kita kadang kala terpaksa mengangguk. Angguk bersetuju. Semua untuk mencari rezeki.

Adakah kita tidak lagi bersyukur? Alhamdulillah..orang lain kerja lagi teruk dari ini..Baru kerja Sabtu da bising.

Marah sebab segala perancangan terbengkalai. Bengang sebab kebebasan di ragut. Tapi biasa la kan...Keadilan tidak datang bergolek dan bukan selalunya wujud dihadapan mata. Jadi hanya benak hati menahan segala.