Welkam Bek

aku,kau,kita, kamu dan kami semua sama

Kalau Serabut Cukur la...

Monday, November 30, 2009

Wahhh….serabutnya kepala hotak..masalah kerja..masalah berat badan (yang ni memang agak cilaker!) masalah takde awek…masalah semayang subuh da jadi subuh gajah..masalah semut masuk dalam gula (cam sial aku nk alih semut tu keluar..)…macam-macam yang berlaku dalam sebulan ni…

Bak dialog yang selalu digunakan Yusof Haslam dalam semua filem die…”Hidup ini penoh pancaroba Jefri..” (Sila baca dengan nada suara A.Galak)..

Dah sebulan masa berlalu...aku agak upset gak la..sebab dalam sebulan ni aku tak achieve anything. Plan dalam otak terlalu banyak..tapi hasil cam anyaman ketupat..kita anyam ketupat punya la susah..kite rangka n design ketupat tu…tapi tak semestinya kita akan isi nasi impit dalam anyaman kita...kadang kala kita akan letak anyaman tu dalam bilik air…atau tempat-tempat yang sejuk…last-last daun kelapa tu pon siap da tukar kaler, dari hijau muda ke kuning lumpur....entah2 sampai raya tahun depan pun daun kelapa tu still ada dalam toilet…So hidup sekarang agak macam tu la..

Idea belambak…Execution cam sampah..

mmm….aku rasa aku perlu ada note n schedule untuk merangka setiap pergerakan aku la…kalau setakat catat dalam handphone je memang hangat-hangat najis ayam jela..

Lack of self-confident

Sunday, November 15, 2009

Untuk membuat satu keputusan sangat la sukar buat masa sekarang ni. Kadang kala memerlukan berminggu-minggu untuk berfikir. Keserabutan di kepala ni memang susah untuk diselesaikan. Kanan ke Kiri, Depan ke Belakang?, Atas ke Bawah.?..Keputusan yang melibatkan masa depan memang susah….so aku pon ade la mengumpulkan sedikit testimony terhadap diri aku..

MAKCIK

Aku yang hesitate: Camne makcik rase?makcik still buat ke?

Makcik: Lebih baik mencuba daripada tak mencube langsung kan?…Mesti boleh punye..

Si orang tua ni memang sentiasa menenangkan hati aku. Bila berborak dengan dia..aku mesti lebih relax walaupun aku tengah serabut..Aku rasa dia ada aura yang boleh menenangkan orang lain...

SI TC BOY

Aku yang hesitate: Jom la kita buat sama-sama..kite buat slow-slow..

TC BOY: Hmmmmm.. (mmg Tc Boy ni suke tarik nafas panjang2..ashma la katekan..)..mmmm…..mmmmm… (Dia diam dan tarik nafas lagi untuk memenuhi perut die yang besar)

…..hhmmmmm,,,,,,,

Aku yang hesitate: Jom la..kite mesti bley punye..tapi for sure memang menderita la dulu..aku mmg taknak janji apa-apa la..sebab lebih baik kita cakap jujur.. (cuba meyakinkan dia semule..)

TC BOY:…Hmmm….mmmm….. (Diam lagi…cam sial dari tadi die asyik tarik nafas je)

TC BOY:….entah la…

Aku yang hesitate: (aku yang terpingga..igt ke die tgh memikirkan..rupenye cakap “entah lah”je!!)

--------aku pun diam-------

SI JAMBANG FRESH DARI INDIA

Aku yang hesitate: What do you think?

SI JAMBANG: ….You have to ask yourself what do you like..

Aku yang hesitate: The thing is, I also don’t know what could interest me..

Si JAMBANG: Then you have to do some Istikharah ..let Allah guide you..

Aku yang hesitate: mmm…that’s right.

MAN JANGGUT

Aku yang hesitate: Ko rase camne man..kalau ko yakin ko akan berusaha..tp ko just tak yakin benda ni akan berjaya ke tak…ko still buat tak?

MAN JANGGUT…(hisap rokok…buat2 muke fikir..)............aku buat!..aku tak kira..aku buat…bak kate bos aok ni..Yasmin Ahmad..You have do to everything to be something.............(ayat yang die quote dari Discovery Channel kt Astro..)...............So koi rase aok patut cube..

Aku yang hesitate: …mmmm.................. (angguk berkali-kali...)

(noted that..ini bukan direct selling or ape kejadah yang seakan dengannye..sbb aku ni yang jenis anti direct selling..)

Aku berleter

Sunday, November 8, 2009

adus..untuk menulis blog sememangnye memerlukan komitmen. Seperti yang aku cakapkan dulu, apabila idea datang say hai kat aku..ade je nak tulis..tp bila idea tak de..satu apa pun tak jadi.
Well..ok la aku cerita cket..program diet aku berjalan lancar. Hopefully aku akan menang STKBD, tapi baru-baru ni aku di hasut oleh si gemuk pakai spek mata icon McD mengajak aku makan McD. Da la aku tengah lapar nak nazak masa tu, nak tak nak terpakse la makan jugak setelah sekian sebulan aku tak makan junkfoods. Akhirnya ia melalui tekak aku gak.

Walaupun aku agak sedikit kecewa, tapi kehadiran adik Icon Mcd, Si Puteri mengubat segala-galanye..cewaah!!...kalau icon Mcd baca ni mesti dia benggang gila. Tah sebab apa, sampai aku cakap "hai" kat adik dia pun die benggang kat aku. Bukannya aku ada niat jahat pon. Cuma bertegur sapa je.

Hari Minggu:
Hari-hari mingguku sentiasa dipenuhi. Minggu ni mak bapak aku sampai kat KL, maka si anak soleh ni bawa la ibu bapanye pergi berjalan-jalan di sekitar KL. Tempat yang serabut kt KL ni pon kiteorang pergi. Biasa la mane lagi..syurga bagi orang perempuan..Jalan TAR. .Duk la aku memilih baju gan mak and auntie aku. Dari satu kedai ke kedai yang lain. Tp bile singgah ke kawasan pakaian dlm wanita aku terdiam.

Eh..lupe..tahniah Chelsea, Manu mmg ley kalahkan team2 bawah je..