Welkam Bek

aku,kau,kita, kamu dan kami semua sama

Mari Kita Jerit Ke Langit Bersama

Tuesday, April 27, 2010

Ingin aku menjerit ke langit...tapi tiada yang mendengar, ingin aku menempelak bumi, namun tiada juga yang peduli...Kerja timbun setinggi gunung..dan aku cuma manusia biasa.

Well aku boleh tengok diri aku sekarang..semakin serabai..makan pun bila terasa saja..disebabkan faktor ni la kut berat aku naik balik..Sial!...penat untuk aku berdiet, semua tak ada hasil..

Rakan: Nape kau nak diet?
Aku: Biasa la..baru la nampak seksi masa ambil sijil konvo nanti..curve perut..curve perut tu...

Itu lah ayat gurauan yang aku selalu gunakan bila mereka melihat tiada makanan yang aku kunyah..
Kini yang celakanya..bukan curve da yang aku usahakan..tapi Grand Canyon Beer Belly dah...
Adus..macam mana la nak diet....

Hai,nak interview saya ker?? =.=/"

Sunday, April 18, 2010

Ermm..takdir la kut..dan aku mengaku..setiap kata-kata yang kita lafazkan adalah satu doa. Kerana terbukti, kata-kata yang pernah aku lafazkan suatu ketika dulu kini menjadi satu realiti.
Dan, Allah tu kan maha mengetahui..segala keinginan telah dipenuhi, tetapi sebagai manusia, yang diciptakan dengan nafsu, telah termaktud kita tidak akan puas..Bila Allah dah bagi...akan terdetik dekat hati.."eh..ini lah yang aku mintak dulu..tapi..kenapa xblh pulak kan.."

Ape yang aku berleter ni??..haha.korang pon membacanya dengan agak loser..
BTW...aku baru sahaja selesai 2 interview., YA..memang aku mahu bla dari company yang aku berkerja sekarang..yela..bukan ape..its always good to have a better offer kan..so aku pon perlu mencari...gaji kt sini pon ciput..hidup segan mati tak mau jek..tp aku bersyukur la jugak at the 1st place..sebab dapat peluang bekerja di sini..and..yes..im looking for any job..anyone????

Segelas Milo,Sepinggan buah

Friday, April 9, 2010

Aku meluangkan masa di blog ku ini yang telah agak lama aku tinggalkan dengan entry sebelumnya. Segelas milo panas sebelum tido di sebelah. Sepinggan buah tembikai susu. Menu aku setiap hari sebelum tido..Cuma kadang-kala tukar buah dan air panas je. Tapi aku memang perlu minum air panas sebelum tidur, baru lah sihat. erg..maybe terlebih sihat...agaknya badan aku besar ni (jap..bukan badan besar tapi tulang yang besar ye..jenis family tulang besar) adalah effect daripada air panas la kut..huhu..aku cube menipu korang dengan teori yang berkeliaran dalam otak aku.

Malam-malam yang sunyi macam ni, dan aku sendirian, terasa sunyi juga hidup ni..handphone tak berbunyi, not even message..well lagipun tiada siapa yang nak hantar sms.

"tak ada siapa nak layan kau arini la kut..Diaorang tengah gembira di luar sana..ko tunggu la dieorang sedih..mesti akan cari kau..kau kan badut." Tiba-tiba sangat negative.

Kan bagus kalau kita manusia di dunia ni, boleh menerima kekurangan masing-masing tanpa rasa negative?..
kan bagus kalau dunia ini tidak menilai sesuatu berdasarkan harta benda?
kan bagus kalau dunia ini menghargai apa yang kita ada dihadapan mata?
kan bagus kalau dunia ini dihuni manusia yang hanya perlu berkata.."aku cintakan kau.."dan si gadis "ya?aku pun sama."
kan bagus kalau kita tidak perlu membuktikan sesuatu yang memang sah milik kita?

dan kalau tanpa unsur negatif dalam diri, kita akan menerima apa sahaja dengan redha.
dan setiap kita akan dapat bersama tanpa batasan harta yang menghalang.
dan kita akan tersenyum dan lebih menyayangi ia.
dan tidak akan ada manusia yang sunyi. seperti aku.
dan kita akan lepaskan ia kemana sahaja tanpa risau.

Tapi ironicnya dunia, kita memerlukan keburukan. Kerana melalui kekurangan tersebut kita menemui kesempurnaan.