Welkam Bek

aku,kau,kita, kamu dan kami semua sama

Ada apa dengan cinta?

Thursday, June 24, 2010

Buat masa ini aku agak kerap update entry. Secara jelasnya fikiran aku tidak tenteram, kerana apabila otak tah kemana kita akan mencari sesuatu untuk diluahkan dan blog adalah satu operandi yang tersedia.

Hidup ini penuh dgn cliche, how to avoid that if our life surrounded with that elements?

Perasaan,

aku bet sekelip mata je kita boleh terluka dan dalam masa yang sepantas itu, hati kita boleh terubat.


Tengah-tengah aku layan perasaan sorang-sorang sambil buat kerja, ada sorang minah ni..menyerpa aku..

Kakak Mira: Nah Eddie, tolong jawab....Mira bg..
Eddie: huh?...ape ni..

Dalam sekeping nota tertulis seperti di bawah.

NOTA

Cinta? Apa itu cinta?

Aku: Cinta tu bila u pejam mata ingat dia, u r hoping that dia akan sms sbeleum tidur pun tgk hp, sama ada dia sms ke tak. Bangun pagi pun ingat dia. So itulah cinta darling.

Mira: Okay. Acceptable enough. Althought that sounds more like an obsession to me. Lol

in the middle of discussion, suddenly the paper came back with this...potong line betul la..

Kakak Mira: Cinta tu mcm pencabut bulu ketiak, bila tanpanya kita resah, seolah-olah hidup x sempurna tanpa dirinya...Bila ada, kadang -kadang kita xkisah. Apapun cinta itu datang dan pergi, kadangkala hilang apabila dicari.


Seriously potong line, ... T_T ....kau sungguh LAME!

Cupid tolong panah sini cket...

Tuesday, June 22, 2010

I'm not a good partner,not a good lover..
am i that bad?...mm
Tuhan..ajarkan aku cara bercakap dengan wanita!
Wow..sekarang aku tahu yang aku seorang loser dalam cinta-cintun ni..
Sesetengah orang akan ada elemen dalam diri, yang aku panggil KARISMA. Ada je gadis depan dia...Boom!...there you go!..terer gila..compare kan orang tu dengan aku, I am nothing dude!...and its weird how could that man easily hook up with girls...ejaan dgn S yer..bukan girl, tidak pernah puas dengan seorang wanita..not fair..kalau lah kau mencintai seseorang itu, maka bersyukurlah..dan jangan tinggalkan dia kerana perempuan lain..every good girl meant for a good man..so jangan lah kau kecewakan dia..

Ya..aku akui, mungkin akan ada yang membangkang. Tapi peduli apa..itu lah yang aku rasa, dan aku memohon kepada Allah agar ditetapkan hati aku kepada si dia yang akan Kau hantarkan kepadaku nanti...supaya aku dapat menerima segala kebaikan dan kekurangannya.

"hey, i would like to know you.." si lelaki
"Yeah?..im proud when you says that."si pompuan..
Ni apabila Si Cupid sedang menjalankan tugasnya dengan sempurna..memanah Si Arjuna dan Si Melur..

"Helo...you look gorgeous" Man
"Darling,lets get married"lady
Shit...Cupid si pemakan rasuah! macam mana nak rasuah pemanah kenit ni?!

Ok, jodoh pertemuan rezeki maut itu semua di tangan Allah. Tapi as a human being yang duduk pandang kiri kanan asyik semua orang berkapel2...tertekan gak la siot..tapi as far as i understand, pilihan perlu dibuat bukan berdasarkan tahap tertekan,tetapi daripada mata,lalu ia turun kehati dengan satu perasaan dan hati akan berkata..engkau lah yang satu.

I am not in your league--> itu lah yang selalunya bermain dalam hati aku. Perasaan rendah diri. Kalau rendah diri untuk benda lain aku tak risau sangat..tetapi bab ni..aku perlu atasi. Kerana dengan rendah diri dalam relationship, ia akan menunjukkan ketidakyakinan aku terhadap sesuatu hubungan. Dan ia sesuatu yang negatif. Remember that Eddie. Wanita mahu melihat kita confident.

Ok..aku perlu berusaha lagi..

ooh?!..Aku teringatkan kau....A.K.A awek lama..yang aku dengar clash lagi..mm..aku harap kau menjumpai yang terbaik..semoga Allah melindungi kau, dan kalau kau ada masalah, please don't ever hesitate to contact me...Well for sure,she wouldn't contact me, nor reading this blog...hehe..

kejap2..nk g uptown...nnt aku sambung balik..

Sunday, June 20, 2010

Sifat mengenakan dan bergurau dengan rakan-rakan sudah berada dalam diri aku, sudah jadi darah daging..Baru-baru ni pun sama, dan aku anggap prank yang paling terhebat yang pernah aku buat dalam tahun ni...
Cerita lah Sang Kelembai!...Ya..nak cerita la ni..pergi amik pop corn, dan coke.

Rakan 1
"wei, aku otw pergi rumah kau..aku tidur rumah kau harini sampai rabu.."sms rakan ku
"Sampai pukul berapa?aku nak pergi kenduri tahlil kat rumah kawan aku..ko pun ikut sekali la"aku membalas
"oo...."membalas sms pendek.
"dah agak da...kalau tahlil mesti kau tak nak perginya...ni party kawan aku la.."aku cuba prank dia.
"kau cakap betul-betul..kau dah la selalu kenakan aku.."dia membalas..
"tak percaya sudah..ramai awek hot-hot..tak pergi kau yang rugi.."perangkap sedang dipasang..
"iya-iya..aku join."dia membalas....(Jackpot..perangkap mengena.)

Rakan 2

Kau buat apa hari ni?

WEBSITE PERODUA PATHETIC!

Monday, June 14, 2010

Pernah korang cuba masuk website Perodua? atau secara panjangnya..Perusahaan Automotif Ke-2, more than 10 years in our country..banyak kereta di adaptasi daripada luar, banyak award yang dimenangi..well congratulation.

Tapi sebagai sebuah syarikat professional di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran kereta tertinggi sejak 4 tahun, seharusnya mempunyai laluan internet yang lebih menarik serta mengagumkan. Well, tak perlu bercakap soal itu lagi. Macam mana ingin memberikan pendapat mengenai website mereka seandainya laman web tersebut masih tidak boleh dibuka?..Ini bukan masalah laluan atau pun speed internet. Tetapi laman web itu sendiri. Research telah saya lakukan dengan meminta beberapa sahabat untuk membuka laman web kebanggaan PERODUA. Tetapi malangnya, bukan sahaja 2, tetapi tah berapa kali butang Refresh ditekan..tetap juga tidak kelihatan.

Perodua, amat memalukan kalau laman web korang kuno!....pergi repair cepat..take this advice seriously.

Dunia VS Akhirat

Friday, June 11, 2010

Aku pernah jumpa artis ni dalam satu pusat hiburan kat KL ni. Well, tipu la kalau aku tak pernah pergi tempat-tempat camtu, tapi aku pun just nak merasa, dan aku rasa aku memang tak boleh bla...Anyway, The Ship kat bukit bintang ni kan jenis Live Band, it was ok la..tapi bila tengok camni rupanya lifestyle orang sekarang, aku cuba mengingatkan diri aku.

Tengah-tengah duk melayan kawan aku, aku terperasan la sorang minah ni..Eh! Artis.. Pernah ade kontroversi video porn, well kawan aku kasi tengok so no doubt la aku pernah tengok.

"Minah ni da balik Malaysia ke?"detik hati aku.

Sebab aku pernah terbaca yang dia ni da lari ke London after video porn dia ni tersebar luas. So takda hal la..lantak kau la..kau bukan best pon, asyik cerita menangis je aku tgk..tak abis-abis..

One week after that, tiba-tiba kecoh satu Malaya, artis ni kena kejar Along lah..rumah kena cat lah..bla bla bla..
dan yang best nya..tetiba muka dia keluar, da bertudung..kononnya da insaf..
Well, basically i don't buy it..sebab atas meja dia semasa di The Ship tu ada alkohol kut...
And it seems like dia dengan husband dia ok je..tak da masalah pun.

"Wow Cepat kau insaf"..

Tak kisah la orang kata, aku tak minum = aku ni budak kampung...
Aku nak masuk syurga gak kut..Haram tetap haram..Pull Stop

Anyway, entetan daripada story murahan dia tu..banyak la muka dia kat TV balik, Well, I still don't buy it..

"Hish apa la, dia ni dah insaf...tengok dia ni menangis-nangis kat MHI, kat WHI cerita macam mana dia insaf..." kata seorang yang obses selepas dipermainkan seorang pelakon air mata.

"Well, wait and see je la."..aku optimis.

Drama after drama, akhirnya..sedikit demi sedikit tudung yang sebelumnya ditutup kini dibuka, malahan sekarang ni pun dah ada drama dia yang dia pakai skirt.

"Wow, nampak tulang belakang bila pakai baju takda cover belakang.."
Aku bukan mahu berfikiran kolot. Aku da pernah tengok porn dia kut, so apa yang peliknya??
Cuba kamu lihat dari sudut yang lain, mana keinsafan, nangis2 di TV?...

Pelakon tetap adalah pelakon, walau di dunia realiti...

Hanya Dialog dengan Mu

Thursday, June 3, 2010

Dialog 1

Dr 1 : Sakit di mana?
Si Pulan : Sini..tapi tak sakit...
Dr 1 :. ok..sekejap..cuba batuk
Si Pulan :. ehuk!ehuk!...adei...sakit! (kejadah ape yang kau buat)
Dr 1 :..ok, kamu perlu pembedahan, tiada ubat.
Si Pulan : Numb**

Dialog 2

Si Pulan : Dr 2, Semalam sy jumpa Dr 1,
Dia kata sy ada sakit ******
dan dia suggest operation.
Biar betul..
Dr 2 : Ok, cuba baring..saya tengokkan...Dimana ya?
Si Pulan : Sini Doktor,
Dr 2 :..mmm...betul ******, memang tak ada ubat, satu je cara, kena bedah
Si Pulan : Numb**

Dialog 3

Si Pulan : Wei, aku kena ******
Rakan 1 : apa ******
Rakan 2 : Ye ke?
Si Pulan : Rakan 1, kau tau ke apa tu ******?
Rakan 2 : Haah, memang kena bedah tu.
Si Pulan : Ha'ah, memang kena bedah.
Rakan 1 : Dah bagitahu Mak kau?
Si Pulan : Numb**



Dialog 4

Si Pulan : Man, aku kena ******, and possibility untuk operation agak tinggi.
Man : Yeke...kau dah bagitahu Mak kau belum
Si Pulan : Belum lagi. Takda la risau sangat dia nanti..
lagipun Doktor kata O.K lagi..
Da teruk nanti bru operate..
Man : Pergi la bagi tahu..tak baik
Si Pulan : Numb**

Dialog 5

Si Pulan : Mak, apa kabar?
Mak : Baik, awak apa kabar?
Si Pulan : Mestilah sentiasa hensem, kacak dan bergaya....
baru baik demam mak
Mak : itu jela kamu, demam je memanjang..
jaga kesihatan sikit Ngah,..kerja camna?
Si Pulan : Tah la Mak, tengah cari kerja lagi..
tapi takda rezeki..
susah la nak cari menantu untuk mak ni...adus...hahahah
Mak : Hish, tak abis-abis dengan mengatal awak tu..
Kerja betul-betul dulu, cari duit,
jodoh tu kalau ada Insyallah, Mak tak abis sayang kan awak tu lagi..
Si Pulan : Heheh,,,gurau je la Mak...
Mak..........
Mak : Nape?
Si Pulan : Ngah kena sakit ******, doktor cakap kena bedah.
Mak : Numb***