Welkam Bek

aku,kau,kita, kamu dan kami semua sama

Si Konon Blues

Sunday, July 11, 2010

Aku rasa hidup aku nih sunyi la kut..aku selalu je buat lawak bodoh dengan kawan-kawan, well dieorang ketawa..that's good. Tapi siapa nak buat aku ketawa?.

Gratis:-
Terlalu banyak untuk dicapai dalam hidup kita yang singkat ni kan?tapi bak kata pepatah Inggeris, "Jangan sesekali salahkan masa, kerana Albert Enstain, Thomas Edison dan banyak lagi orang bijaksana telah diberikan masa yang sama seperti anda"

Contra:-
Hidup ini unik kan? nope...
Perasaan itu yang unik.
Bila aku sebut tentang perasaan, jari ni bergerak-gerak tetapi entah la apa yang ingin aku catatkan. Otak aku kosong, hati aku kosong.
Tapi betul juga la apa yang aku pernah aku ucapkan dulu..aku akan membahagiakan ibu-bapa aku dahulu, then baru fikir pasal aku. Its time for redemption bak kata omputih.

Ironik:-

Bak kata Dato Fadilah Kamsah. Tunangan orang jangan sesekali kita ganggu, jatuh dosa besar. Dan Isteri orang lagi la....haram, kerana kita berniat menjatuhkan masjid.
So, aku nekad aku tidak akan cuba mengejas sesiapa seperti yang diatas. Pahala dah la tak berapa banyak, ini pulak nak buat dosa.
Jika gadis yang aku kenal akan bertunang or whatsoever, then..aku harus akur...Allah mungkin telah tetapkan jalan yang berlainan bagi aku.
Sunyi lagi? tidak apa....Allah sedang mengajar aku.


Lagu Dakmie ini aku tujukan kepada kau. Yes you...dan kamu tahu siapa kamu..thanks sbb sentiasa bersama, sangat menghargainya.

Apa ada dengan World Cup ?

Saturday, July 3, 2010

Buat masa ni semua busy dengan World Cup. Walaupun team utama aku da dihantar pulang,tetapi biarlah Maradona coach argentina lagi..aku nak tengok dia lari bogel..ha..aku bukan gay..tapi hanya Maradona and Mourinho saja jurulatih yang tidak sama dengan jurulatih yang lain. So,harapan terakhir aku, aku harap Spain boleh menjuarai piala dunia walaupun susah..dan benak hati aku mengatakan Jerman akan menang.Tapi semangat bola perlu ada beb!

Dengan bola sepak kita bersama,
Dengan bola sepak kita jerit sorakan,sampai ilang suara.
Dengan bola sepak je kita terbalikkan meja dikedai mamak,
Dengan bola sepak kita menari di atas meja mamak
Dengan bola sepak kita tak ada awek?...no problem..boleh usha awek yang budak-budak lain bawak...hot siot..kalau sempat angkat la kening..tapi kalau pakwe dia nampak, baik kau angkat kaki bla..takut nanti balak dia angkat kerusi "letak"atas kepala kau.
Dengan bola sepak kita bertambah rapat.
Dengan bola sepak, kita sanggup berjaga malam..punya la nak jadi individu pertama yang tahu keputusan..walaupun ko tak minat bola sepak,tak de la nampak kaki bangku sangat kan.
Dengan bola sepak, awek yang minat Victoria Secret tetiba lak boleh buat-buat tahu bola, padahal haram tak reti.
Dengan bola sepak, tah sapa-sapa yang duduk sebelah meja kau pon kau sorak sekali..siap peluk-peluk nih....(tah bila la aku dapat peluk awek sebelah meja)......haram-haram..berdosa besar.

itu lah kuasa bola...itulah intipati bola sepak..

ok lah...aku mau beradu sampai pegang bola....tenkiu..