
Jumaat lepas aku melawat Yasmin Ahmad di Hospital Pakar Damansara bersama-sama rakan dipejabat. Walaupun tidak dapat berjumpa dengan beliau yang berada dalam ICU,tetapi dijemput bersama untuk memberi support kepada keluarga Yasmin membuatkan aku bersyukur.
“Alhamdulillah muka Yasmin dah merah sikit,compare dengan sebelum ni..sebelum ni pucat sangat, bagus lah..sebab itu menunjukkan ada aktiviti dalam otaknya..”kata driver Yasmin kepada kami.
Sesiapa juga yang berada di dalam dunia Advertising di Malaysia akan mengenali akan nama Yasmin Ahmad. Beliau telah mencipta satu fenomena dalam dunia periklanan di Malaysia. Seorang melayu yang berjaya menembusi bidang advertising yang dipelopori kaum lain.
“Because of yasmin, kita orang melayu boleh hidup kat dunia advertising ni”..kata seorang art director kepada aku semasa di dalam kereta.
Yup. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan statement tersebut. Tapi aku akui, dengan adanya kuasa besar seperti mana yang Yasmin telah bina, ia telah memudahkan lagi untuk manusia-manusia kerdil yang bernama Melayu hadir untuk menunjukkan bakat mereka.
Sama ada kau suka atau tidak, aku ingin menunjukkan bukti kehebatan yang Allah telah kurniakan kepada Yasmin Ahmad.
Pernahkah sebelum ini kau mengingati iklan yang bukan dihasilkan beliau?. Or pernah kah kau mempunyai perasaan excited untuk melihat iklan? Or pernahkah kau bertanya kawan kau, “eh iklan sabun breeze best ke?eh iklan rejoice best ke?”Aku suka tengok iklan ni iklan tu..”.....Hell no..
Tapi pernahkah kau menunggu iklan petronas setiap tahun?Pernahkah kau bertanya kepada kawan kau “eh iklan Petronas raya tahun ni da kluar ke belum?” “eh iklan Petronas best tak?”Eh, iklan petronas kali ni best gile..ko kena tengok!.................ini lah perasaan kau ke atas iklan di Malaysia..
Beliau telah mewujudkan satu fenomena Advertising ke dalam diri masyarakat Malaysia yang tandus ilmu advertising.
Harapan bagi semua pelajar dalam bidang ini adalah bekerja bersama YASMIN AHMAD. Dan Alhamdulillah Allah telah memakbulkan doaku walaupun hanya sebulan bersama Yasmin.
Beliau pernah menyanyi di studio dan beliau mempunyai satu suara yang sangat2 merdu!..seriesly aku tak tipu. Sambil memuji artwork yang dihasilkan oleh Seong(watak utama Sepet)..sebelum berangkat ke TV3 untuk presentation pertama dengan media prima.
”Its good~...Its Goodd~...Yeah i really mean it..Its Good. Such a great work”..kata Yasmin kepadanya dan semua di bahagian creative tersenyum.
Yasmin penuh dengan kejutan. Setiap pagi aku akan melihat biliknya, dan setiap kali itulah aku berharap akan berjumpa beliau. Tapi, seperti biasa, beliau tidak berada di dalam pejabatnya..Yasmin suka berkeliaran berjumpa dengan staf-staf lain, sambil tersenyum. .dan tergelak.
“Wassup Bro!,
Peace Brother!,
Assalammualaikum abang!.Nampak muka macam penat je..rehat-rehat la abang..”
Ini adalah kata-kata beliau kepada aku secara personal apabila beliau singgah di meja aku.
“Sorry, i nak elak air, so i have to take your road..haha”................the last word during my lunch before she went to TV3 again for the second presentation. Berbaju kurung kain cotton, beliau memegang erat tangan Yeu Leung,suaminya semasa berjalan ke arah food court di tempat staf-staf lain makan.
Tidak pernah aku menyangka itu akan menjadi sapaan terakhir beliau kepada aku.
Yasmin just passed away. Her husband Yew Leong announced it to all present. God gave her to us unto God Yasmin returns. Amen. The funeral was at the little mosque at jalan 19/6 Subang Jaya behind the flats. Arrangements for the burial site has been made after subuh.
Kini, tanpa yasmin, adakah kau akan menantikan iklan petronas?...Yasmin tiada ganti. Hanya satu di Malaysia. Dan hanya legasi yang ditinggalkan beliau akan berterusan. Dan bakat yang diperolehi telah ditunjukkan kepada dunia dan dibawa bersama ke satu perjalanan yang lebih jauh.
7 comments:
Lepas ni Melayu nak kemana kat Advertising?
entah la..tapi bila difikirkan kembali, Yasmin pun melayu juga..tetap mampu mencapai apa yang dia nak..lebih lagi zaman dia lagi la kurang Melayu dalam bidang ni
SEDIH...
sumpah sedih. the reason aku apply LB pn sbb nk jumpe dia. tp apakan daya. sigh
mm...mmg sedih...kita xperlu masa yang lame untuk rapat dengan dia..even kalau ko jumpe die 2 minit pon..ko akan rasa yang dia dan ko da kenal lama..
aku mcm nak tulis aku bangga dgn ko, tapi aku mmg xkan tulis mcm tu.
so itu jela yang aku nak tulis.
dot.
mekasih zamir..aku tau ko bangge gan aku..nk aku sain kt dada ke?haha
Post a Comment