Welkam Bek

aku,kau,kita, kamu dan kami semua sama

Double Middle Fingers for Politician

Sunday, January 31, 2010

Isu yang menuju ke arah destruction Malaysia. Aku sebenarnya tak peduli apapun apabila si Najib menjerit terlolong menifestasi memujuk menyokong"Satu Malaysia". Atau rekaan cerita si tua bekas kerajaan yang gila menubuhkan kerajaan baru...arg..persetankan semua tu.

Tapi hati aku tersentuh apabila isu penggunaan nama Allah ingin digunakan majalah Harold di Malaysia dan telah diluluskan oleh mahkamah. Mungkin ada yang mengatakan isu yang aku ingin katakan ini agak lama. Tapi, biar usang pun isu ini jika ia masih tidak diselesaikan, mau menjadi seperti isu2 lain yang lapuk dalam ingatan rakyat.

Ah, kita bukan bodoh. Nak mendiamkan segala isu. Aku bukan anti kerajaan maupun menyokong mereka yang gila ingin menubuhkan kerajaan. Jika perkara seperti mempertahankan nama tuhan sendiri pun tidak dapat diuruskan bagaimana ingin kita menaruh kepercayaan kepada yang melalak dan melolong minta diundi?

Jika Pprsmi(tah la aku eja ni betul ke tak..tapi persatuan yang ingin kan pengajaran matematik dan sains dalam bm) dapat mengumpul lebih 100,000 orang di masjid negara kerana isu bahasa, mengapa isu nama tuhan sendiri tak sampai 100 orang je yang hadir?. Aku pergi bersama rakan ku, seorang penulis blog juga,tetapi agak prolifik. Agak memalukan kerana masyarakat melayu sendiri sudah tidak mahu mempertahankan agamanya. Jika mereka bersungguh, mengapa tidak memberikan sokongan?
Mana pergi parti politik yang menjadi tunjang PPRSMI? Dulu si Anuar Ibrahim, lantang menyokong menekan kerajaan untuk menukarkan subjek tersebut kepada bahasa melayu. Tapi apabila nama tuhannya sendiri mahu diejek, suara lantang bagai digam. Tidak mahu memberikan sebarang jawapan. Sundal!

Ini dapat dihuraikan, individu-individu seperti ini hanyalah dahagakan kepentingan politik mereka sahaja. PPRSMI disokong ratusan ribu rakyat. So, hanjing-hanjing ini merasakan adalah satu peluang untuk mereka memperoleh sokongan rakyat. Express ticket la tu. Tapi bila Tuhan ingin disamakan dengan Allah, pondan-pondan yang dianggap hero ni hilang tah kemana. Sampai mati pun aku takkan undi kau, sebab aku menganggap ini sebagai satu ujian, dan kau Anuar, telah gagal ujian ini. GTH!

Si Najib juga lebih kepada memberi pandangan so-so sahaja. Kononnya tidak mahu melukakan hati mereka yang bukan beragama islam. Fuck off!, yang hati umat islam ni sudah terluka takkan nak dibiarkan tanpa dirawat. Well, maybe yang terluka hanya seratus 2 orang sahaja memandangkan itulah jumlah yang hadir di masjid negara hari tersebut.

Tuan haji nik aziz, pula aku sebelum ini menyokong. Mungkin dia ada memberikan ulasan tetapi tidak disiarkan di TV3. so aku tidak tahu sejauh mana penglibatan beliau. Tetapi yang pasti isu ini tidak lagi di tulis di harakah atau pun beliau membuat sebarang komen. Kan aku da kata, semua pemimpin tend to think, "rakyat ni, lama-lama diaorang lupa la..".Dah dasar melayu mudah lupa.

Aku memuji tindakan Zulkifli Nordin yang lantang bersuara tentang isu ini. Dia sendiripun mempersetankan PKR sedangkan beliau adalah ahli parlimen PKR. Syabas Zulkifli. Malaysia perlu ada individu seperti anda. Walaupun si Anuar ingin mengantung kerja anda, persialkan setan tersebut, isu ketuhanan jangan kita sesekali menggundur. Beliau menolok dialog antara agama diadakan secara meluas. Dan aku menyokong. Mungkin ada yang tidak bersetuju. tetapi kalian seharusnya meneliti perkara ini terlebih dahulu. Dialog antara agama ini sudah bertahun ingin dianjurkan Kristian di malaysia.

Pasti ada yang tersembunyi. Apabila dialog antara agama diadakan, ini akan memberi peluang kepada agama lain untuk menyebarkan agama mereka secara meluas akibat daripada diadakan secara terbuka. Bukankah tiada agama selain daripada islam sahaja yang boleh keluar tv kan?..so peluang ini sengaja direka untuk mereka menyebarkan agama mereka. Dan lagi jika penceramah tersebut sekadar ustad biasa, tunggu lah malu yang akan kita terima.

Tahukan kamu paderi mendalami Al-quran? tgk dalam you tube berapa banyak paderi boleh baca Al-fatihah. Tetapi berapa ulas ustad yang mendalami Bible? berapa batang lidi ustad-ustad yang tahu hadis dalam bible?entah-entah pegang bible pun tak pernah. So macam mana debat seumpama ini dapat memberi kejayaan kepada umat islam?..Memang la ada orang kata, Allah akan tunjukkan jalan dan mempertahankan agamanya. Tetapi Allah juga suruh kita berusaha bukan? Islam kita masih cetek. Masih nampak jernih dasarnya.

Jika anda selidik, isu penggunaan nama Allah ini sudah bertahun ingin di apply oleh Harold tabloid. Gampang. Tetapi sikap pemimpin atasan, tak pa..tunggu..biarla...nanti kita halang..KURANG AJAR.BODOH! ini isu serius la bangsat! lagi pun Pak lah da turun dari pentas. buat apa nak follow "tak pa" nya lagi.

Isu ini aku akan huraikan di entri yang akan datang. Sekian.

0 comments:

Post a Comment