Aku meluangkan masa di blog ku ini yang telah agak lama aku tinggalkan dengan entry sebelumnya. Segelas milo panas sebelum tido di sebelah. Sepinggan buah tembikai susu. Menu aku setiap hari sebelum tido..Cuma kadang-kala tukar buah dan air panas je. Tapi aku memang perlu minum air panas sebelum tidur, baru lah sihat. erg..maybe terlebih sihat...agaknya badan aku besar ni (jap..bukan badan besar tapi tulang yang besar ye..jenis family tulang besar) adalah effect daripada air panas la kut..huhu..aku cube menipu korang dengan teori yang berkeliaran dalam otak aku.
Malam-malam yang sunyi macam ni, dan aku sendirian, terasa sunyi juga hidup ni..handphone tak berbunyi, not even message..well lagipun tiada siapa yang nak hantar sms.
"tak ada siapa nak layan kau arini la kut..Diaorang tengah gembira di luar sana..ko tunggu la dieorang sedih..mesti akan cari kau..kau kan badut." Tiba-tiba sangat negative.
Kan bagus kalau kita manusia di dunia ni, boleh menerima kekurangan masing-masing tanpa rasa negative?..
kan bagus kalau dunia ini tidak menilai sesuatu berdasarkan harta benda?
kan bagus kalau dunia ini menghargai apa yang kita ada dihadapan mata?
kan bagus kalau dunia ini dihuni manusia yang hanya perlu berkata.."aku cintakan kau.."dan si gadis "ya?aku pun sama."
kan bagus kalau kita tidak perlu membuktikan sesuatu yang memang sah milik kita?
dan kalau tanpa unsur negatif dalam diri, kita akan menerima apa sahaja dengan redha.
dan setiap kita akan dapat bersama tanpa batasan harta yang menghalang.
dan kita akan tersenyum dan lebih menyayangi ia.
dan tidak akan ada manusia yang sunyi. seperti aku.
dan kita akan lepaskan ia kemana sahaja tanpa risau.
Tapi ironicnya dunia, kita memerlukan keburukan. Kerana melalui kekurangan tersebut kita menemui kesempurnaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pakck...ade org pompuan pndang harta pkck ke???
meh mkck sekeh...hehehehe
patutlah cbuk kumpul duit.....
heheh....jgn kasar2...awk tu pompuan...jge tingkah laku...kang sy sekeh awk nnt...meh cni tunduk kepale tu...nk sekeh..
kumpul duit untuk mse depan ler makcik
Post a Comment