Jealousy hasrat dengki maybe, membantutkan aku untuk meneruskan blog ini buat seketika.
Di tempat baru dengan environment yang membuatkan aku tidak puas hati secara keseluruhannya, menghalang aku untuk menulis blog secara konsisten dan systematically.
Jika dulu di Leo Burnett, aku bebas untuk melayari laman yang aku suka Note: dengan alasan untuk mencari idea, amat berbeza dengan company yang aku bekerja sekarang(atau lebih mesra aku memanggil diriku sebagai kuli).
Walaupun aku masih baru dalam media industri, tetapi aku telah didedahkan dengan cara bekerja yang agak baik aku fikir. Tetapi dibandingkan dengan sekarang...aduyai..fikiran orang atasan, campur tolak dengan perangai kemelayuan sedikit, menghimpit cara aku untuk berfikir.
Mungkin betul apa yang nyatakan dalam peribahasa melayu "masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang harimau kita mangaum"..tetapi ini melemahkan daya pemikiran.
Alasan yang ingin kuberikan adalah, kita tidak diberikan peluang untuk melakukan sesuatu dengan cara kita sendiri, jesteru kita akan mengikuti khalayak dan akhirnya kita turut menjadi mereka yang lemah.
Jika membaca blog, menjadi kesalahan, jika membaca artikel di internet dikatakan mengular..fikiran apa ini?Bukan kah kita patut meluaskan pemikiran dengan apa yang kita baca?...apabila ditanya ini, kamu semua ternganga..seperti manusia yang mengaum di kandang harimau...dan jika ditanya itu, maka kamu semue sepakat mengembek...walaupun tidak bersetuju.
Masalah yang dapat dilihat adalah, bangsa kita kerap kali ada sedikit perasaan dengki melihat keselesaan orang lain. Berbeza beb!. Multinational company dengan Local Company...satu stigma yang perlu diubah. Asal aku siapkan kerja aku ok la..then let me go nk googling ape pun yang aku nak. Yang Dengki....pergi la buat kerja kau...dan jgn sibuk nak peeping komputer aku...
Sekian..
Penulis Blog ini menarik oksigen semula selepas internet dipasang di rumahnya....kini aku boleh buat apa yang aku nak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Setuju!!! Setuju!!!
Suke ati kite lah nak wat ape pon kan...asal keje siap....
yang org len pon cbuk nak bertenggek kat bilik sambil jeling PC orang len nie ape kes???? nak cari alasan bagi kite keje??? atau baru dapat ilmu jadik kuku besi???? kan pakcak???
ha..awek mne tu yg angkat tangan kt belakang tu...ya..terimakasih kerana setuju...tp sy xde gula2 nk bagi kat awak......sy bg senyuman manis je la.. :)
hahaha.....xpe...sy mmg ngah kumpul senyuman nie....
masuk kali ni dah ade 2...sy simpan dalam botol kaca.Nak wat perhiasan....
Post a Comment