Welkam Bek

aku,kau,kita, kamu dan kami semua sama

Rezeki yang membawa kemenangan

Monday, October 11, 2010

Yesterday I've read this book and found something very interesting to share with you guys. However it's in Malay and since I'm not highly educated in my second language and in intend not to miss-translate the meanings, I will jot down everything in Malay.

Rezeki Yang Membawa Kemenangan

Apa ayng dimaksudkan dengan rezeki yang secukup pada rezeki dalam sehari malamnya. Manakala mengikut pendapat ulamak ianya bermaksud rezeki yang boleh memberikan seseorang itu kenyang sehari dan lapar sehari pula. Maka orang-orang yang mempunyai rezeki yang seumpama ini berolehlah ke atas dirinya kemenangan di sisi Tuhannya di hari akhirat kelak.

Bermula dalil yang menunjukkan hal yang sedemikian ini adalah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Abu Isa At-Tarmizi dengan katanya:

"Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Abdullah bin Amru r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya telah mendapat kemenangan di hari akhirat oleh orang yang menjadi Islam sedangkan rezekinya adalah secukup pada jua, tidak ia kaya dan tidak pula ia miskin sehingga sehabis-habis miskin, serta redha di atas kurniaan Allah Ta'ala yakni tidak sampai berdukacita dan merungut-rungut."

Kata Abu Isa At-Tarmizi ~ bermula hadis ini hasan lagi sahih. Satu lagi riwayat hadis daripada seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Nuqadah Al- Asadi r.a telah berkata:

"Telah diutuskan aku oleh Rasulullah s.a.w untuk pergi menemui seorang lelaki untuk meminta untanya dengan tujauan susu binatang itu dapat diperah dan diminum. Maka pergilah aku kepada lelaki yang dimaksudkan itu, bagaimana pun permintaanku itu ditolak oleh lelaki tersebut keranan dirinya itu seorang yang bakhil. Lalu kembali semula aku kepada Rasulullah dengan mengkhabarkan bahawa permintaaan aku telah ditolak. Kemudiannya diutuskan aku kepada seorang pemuda lain yang mempunyai unta dengan tujuan yang sama seperti sebelumnya. Kali ini permintaan aku telah dipersetujui oleh lelaki berkenaan sertan dengan langsung mengirimkan unta yang dipinta kepada Nabi s.a.w Maka tatkala dilihat oleh Rasulullah s.a.w unta yang aku bawa pulan kepadanya lalu baginda berdoa: Ya Tuhanku berkatkanlah unta dan kepada orang yang mengirimkannya.
Apabila didengar oleh aku (Nuqadah r.a) doa Nabi s.a.w yang demikian itu lalu berkata aku kepada baginda; Doakanlah sama untuk orang yang datang membawa bersama unta itu. Kemudiannya disuruh oleh Nabi s.a.w supaya diperah susu unta itu, sehingga terbit keluar susu yang banyak daripada binatang tersebut.
Mala berdoa lagi Nabi s.a.w:
Ya Tuhanku, banyakkanlah kiranya harta si-anu yang tidak mengirim dan memberikan untanya kepadaku bagi bolehku peran dan makan susunya. Dan jadikanlah kepada si-anu yang mengirimkan untanya kepadaku itu rezeki yang sehari-hari."

Adapun sebab Nabi s.a.w mendoakan kepada lelaki yang tidak mengirimkan untanya kepada baginda adalah supaya jadi berbimbing dirinya terhadap harta yang ia miliki, jesteru itu juga menjadikan banyak hisab ke atas dirinya di hari akhirat. Ini sememangnya sesuai bagi orang yang bersifat tamak seperti doa Nabi s.a.w untuk mereka yang berangan-angan sedemikian. Telah diriwayatkan hadis ini oleh Ibnu Majah dengan isnad hasan.

Telah diterangkan sebelum ini pada masalah mengenai rezeki yang secukup ada. Malah telah dikhabarkan juga mengenai keredhaan terhadap rezeki yang diterima secukup ada, tanpa merasai dukacita dan merungut pada pemberian yang diterima. Hal ini telah pun dikhabarkan oleh Nabi s.a.w di dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam Abu Isa At-Tarmizi dengan katanya:

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Fadhalah bin Ubaid r.a, bahawasanya telah didengarnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tempatnya disyurgakanlah bagi orang yang ditunjukkan dirinya kepada Islam lalu memeluknya, sedangkan kehidupannya hanyalah secukup makan dan sekadar memuaskan hatinya sahaja. Tetapi tidak pula ia merungut untuk menginginkan yang lebih, dan tidak pula ia tamak apabila melihat orang-orang lebih senang daripadanya."

Kata Abu Isa At-Tarmizi ~ bermula hadis ini hasan lagi sahih.

"140 Tips mencari Rezeki yang Halal untuk mencapai Kekayaan" by Hj Hasan Muhammad Al-Khairun Bin Gozali 2005

0 comments:

Post a Comment