Isu 200 orang syiah ditahan ujung-ujung tahun ni memang makin panas. Kenapa kita suka mengkafirkan orang? Adakah kita ini Al-Sunnah Jamaah diberi pangkat mengkufurkan seseorang? Sejauh manakah kita dalam mengamalkan sunnah? Maka, apabila tak semua yang mengetahui mananya datang asal usul Syiah bertempiak memaki tanpa usul periksa.
Aku Syiah?...Aku Sunni? Yang aku tau, Tuhan aku adalah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W adalah rasulku. So ni nak belah pihak mana ni? Senang je...kalau korang pun tak berapa faham pasal hal ni...tak usah berbalah la, dan jangan mudah menghukum.
Aku teringat dalam satu ceramah Ustaz Azhar, yang daripada Terengganu tu, ada kalangan hadirin yang bertanya "Dalam kejadian manusia antara Zat dan Sifat yang mana dahulu"? dan Ustaz Azhar menjawab ringkas ;
"Kalau benda-benda macam ni, tak usah berbalah la..duk tanye bende-bende macam ni..buat gaduh" (Slang Terengganu..). Dan beliau menyambungnya semula yang aku kira bagus untuk renungan kita bersama.
"Macam ni la...Zat dan Sifat ni, macam Gula dan Manis.....sama dok?...die datang sekali...buleh dok kiter mari kedai beli Manis?gula tak mboh ...tapi nok manis je...boleh dok beli manis?".."Ha...iye datang skali la...." (baca dengan nada melody Terengganu)
So, antara Syiah dan Sunni ni, sama-sama worship Allah S.W.T dan mengaku Nabi Muhammad S.A.W tu Nabi Allah... so apa lagi tak puas hati? ada la juga kalangan umat melayu kita ni kata orang Syiah ni ubah Al-Quran...dieorang ni guna Al-Quran sendiri....Hey! nak aku nak marah ni..huhu....Apakah anda tidak yakin dengan janji Allah bahawa Al-Quran itu akan kekal hingga hari kiamat? jangan kita menjatuhkan hukum sehingga kita mensyirikkan Allah.
Kenal Faizal Tehrani? aku follow blog dia selalunya..dan perkara ini membuka mata aku. Banyak pengetahuan yang aku dapat pasal syiah ni. Banyak perkara yang menjadikan aku kagum dengan golongan syiah. Tapi adakah pendedahan Faizal Tehrani itu menjadikan aku seorang kafir syiah? aku rasa tidak...dengan pendedahan beliau, aku lebih ingin mendalam agama kita, cara sembahyang aku tetap cara sunni..so tak de masalah pun...
Untuk entry ni aku kasi special cket pada pembaca...komen aku terhadap Faizal Tehrani, dan komen beliau kepada aku dalam blognya...
Opps...sebelum tu..aku orang pertama komen kat entry ni..hahahh.....gile stalker...tapi takpe..demi mencari ilmu, takde hal..Saidina Ali pun mengintai2 gak semasa Nabi Muhammad S.A.W mengajar....
Entri isu ini boleh klik di bawah
Silakan....
Ahmad said...FT tolong rungkaikan mslh ni...kalau boleh buatkan kajian...sebab dalam ulasan blog ini turut disertakan kajiannya...ini mengenai Syiah, dan kajiannya menunjukkan berapa sesatnya syiah,segalanya disertakan bukti dan fakta. Blog ini boleh dicapai disini..
http://abangdani.wordpress.com/2010/07/13/fatwa-fatwa-sesat-agama-syiah/
Dr Faisal Tehrani said...Ahmad
Tugas mengkaji ini bukan atas aku seorang. Kau pun kena mengkaji. JAIS atau JAKIM pun kena mengkaji. Dan jangan mengkaji meraba-raba vonnis in absentia, jemput orang syiah tanya sendiri. Tanyalah ya ke tak korang ni suka mut'ah. Ye ke korang ni bunuh orang sunni?
Ini kaji barang entah ya entah tidak kemudian keluarkan hukum, kemudian tangkap dan mengerasi orang.
Kalau 200 orang itu pakat buat doa melaknat sekian JAIS yang datang pakai sepatu masuk dalam majlis mereka hari itu, aku gerenti dapat cash, kalau mati mata terbeliak.
Dialog tak mahu. Wacana tak mahu. Dasar lemah intelektual.
Berhujah tak mahu, nak buat pusat tahanan pulak. Ini apa? ISA bentuk baru....fasis agama.
* Penggunaan kata ganti aku bukan kerana aku marah. Sengaja saya nak menvariasikan nada dan mood. Dan saya seronok bila ada blog kata saya kepanasan, kerana saya menikmati sekian perdebatan (bodoh atau pandai) dalam masyarakat. Ini bermakna hakikat syiah telah terburai dalam masyarakat kita. Yang pandai akan mencari, yang bodoh akan dipimpin.
1 comments:
bangga gak bile Faizal komen balik...
Post a Comment